Monday, 30 March 2026

Doa Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2025 Smk Agama Lati

 Teks Doa (Versi Rasmi Wakil Guru, Ibu Bapa & Pelajar)

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ أَنْعَمَ عَلَيْنَا بِنِعْمَةِ الْإِيْمَانِ وَالْإِسْلَامِ،
وَفَضَّلَنَا بِالْعِلْمِ وَالْإِحْسَانِ،
وَجَعَلَنَا مِنْ أُمَّةِ سَيِّدِ الْأَنَامِ،
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ.

نَحْمَدُكَ اللَّهُمَّ حَمْدًا يَلِيْقُ بِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ،
وَنُصَلِّي وَنُسَلِّمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah Ya Karim, Ya Wadud,

Pada pagi yang penuh keberkatan ini, kami berhimpun dengan penuh rasa syukur ke hadrat-Mu.
Sesungguhnya kami pada saat ini, mewakili barisan guru, para ibu bapa serta seluruh pelajar, menzahirkan kesyukuran kerana dengan izin-Mu kami dapat bersama-sama dalam

Majlis Penyerahan Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025
di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati Pasir Mas.

Ya Allah Ya Fa‘ālallimā Yurīd,

Kami memohon dengan penuh pengharapan agar Engkau memberkati majlis ini dengan limpahan rahmat dan kasih sayang-Mu.
Jadikanlah segala usaha yang dicurahkan dalam menjayakan majlis ini sebagai amal soleh yang Engkau redhai, serta kurniakanlah hidayah dan keberkatan kepada kami semua.

Ya Allah, kami juga merafakkan doa buat para pendidik yang telah mendidik dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.
Ganjarilah mereka dengan sebaik-baik ganjaran, lipatgandakan pahala mereka, serta tempatkanlah mereka dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang Engkau muliakan.

Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Kami menadah tangan penuh kehambaan, memohon agar Engkau terus melimpahkan kejayaan dan kecemerlangan kepada kami semua,
sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam pembentukan sahsiah dan akhlak yang mulia.

Kurniakanlah kepada kami kejayaan demi kejayaan yang lebih bermakna pada masa hadapan, serta jadikanlah kami insan yang sentiasa mensyukuri setiap nikmat-Mu.

Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya Hamid,

Jadikanlah anak-anak pelajar yang menerima keputusan SPM pada hari ini sebagai hamba-hamba-Mu yang bersyukur dan reda dengan setiap ketentuan-Mu.
Berikanlah ketenangan dalam hati mereka, kekuatan dalam menghadapi cabaran, serta semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Bukakanlah pintu-pintu kejayaan buat mereka, permudahkanlah urusan mereka dalam melanjutkan pelajaran, serta tetapkanlah hati mereka di jalan yang Engkau redhai.

Jadikanlah kejayaan yang mereka kecapi hari ini sebagai permulaan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan, dan jadikanlah mereka insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga majlis ini menjadi pemangkin inspirasi kepada seluruh warga pelajar agar terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan diri untuk agama ,bangsa dan negara .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا آخِرَهَا، وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهَا، وَخَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ فِيْهِ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا، وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُونَا بِالإِيْمَانِ،
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِيْنَ آمَنُوا،
رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيْمٌ.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

 

Thursday, 29 January 2026

Ucapan Aluan Admin

 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

الحمد لله ربّ العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيّدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين.

أهلاً وسهلاً بكم في هذه المدوّنة الشخصية، التي أخصّصها لجمع وتوثيق ومشاركة موادي التعليمية، ولا سيّما في مادة اللغة العربية. أهدف من خلال هذه المدوّنة إلى حفظ جهودي التربوية، وما أعدّه من دروس، وملاحظات، وأنشطة، ومواد تعليمية مساندة، لتكون مرجعًا لي في عملي التعليمي، ومصدرًا نافعًا في مسيرتي التربوية.

أسأل الله تعالى أن يجعل هذا العمل خالصًا لوجهه الكريم، وأن ينفع به، ويبارك فيه، ويجعله علمًا نافعًا وصدقةً جارية.

وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ



الأستاذ محمد صبري
معلّم اللغة العربية
المدرسة الثانوية الوطنية الدينية لاتـي،
باسير ماس، كلنتان

Doa Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2025 Smk Agama Lati

  Teks Doa (Versi Rasmi Wakil Guru, Ibu Bapa & Pelajar) اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ أَنْعَمَ عَلَيْنَا بِنِعْمَةِ الْإِيْمَانِ وَالْإِ...