Teks Doa (Versi Rasmi Wakil Guru, Ibu Bapa & Pelajar)
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ أَنْعَمَ عَلَيْنَا
بِنِعْمَةِ الْإِيْمَانِ وَالْإِسْلَامِ،
وَفَضَّلَنَا بِالْعِلْمِ وَالْإِحْسَانِ،
وَجَعَلَنَا مِنْ أُمَّةِ سَيِّدِ الْأَنَامِ،
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ.
نَحْمَدُكَ اللَّهُمَّ حَمْدًا يَلِيْقُ بِجَلَالِ
وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ،
وَنُصَلِّي وَنُسَلِّمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ،
وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah
Ya Karim, Ya Wadud,
Pada pagi
yang penuh keberkatan ini, kami berhimpun dengan penuh rasa syukur ke
hadrat-Mu.
Sesungguhnya kami pada saat ini, mewakili barisan guru, para ibu bapa serta
seluruh pelajar, menzahirkan kesyukuran kerana dengan izin-Mu kami dapat
bersama-sama dalam
Majlis
Penyerahan Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025
di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati Pasir Mas.
Ya Allah
Ya Fa‘ālallimā Yurīd,
Kami
memohon dengan penuh pengharapan agar Engkau memberkati majlis ini dengan
limpahan rahmat dan kasih sayang-Mu.
Jadikanlah segala usaha yang dicurahkan dalam menjayakan majlis ini sebagai
amal soleh yang Engkau redhai, serta kurniakanlah hidayah dan keberkatan kepada
kami semua.
Ya Allah,
kami juga merafakkan doa buat para pendidik yang telah mendidik dengan penuh
kesabaran dan keikhlasan.
Ganjarilah mereka dengan sebaik-baik ganjaran, lipatgandakan pahala mereka,
serta tempatkanlah mereka dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang Engkau muliakan.
Ya Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Kami menadah
tangan penuh kehambaan, memohon agar Engkau terus melimpahkan kejayaan dan
kecemerlangan kepada kami semua,
sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam pembentukan sahsiah dan akhlak
yang mulia.
Kurniakanlah
kepada kami kejayaan demi kejayaan yang lebih bermakna pada masa hadapan, serta
jadikanlah kami insan yang sentiasa mensyukuri setiap nikmat-Mu.
Ya Allah
Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Jadikanlah
anak-anak pelajar yang menerima keputusan SPM pada hari ini sebagai
hamba-hamba-Mu yang bersyukur dan reda dengan setiap ketentuan-Mu.
Berikanlah ketenangan dalam hati mereka, kekuatan dalam menghadapi cabaran,
serta semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Bukakanlah
pintu-pintu kejayaan buat mereka, permudahkanlah urusan mereka dalam
melanjutkan pelajaran, serta tetapkanlah hati mereka di jalan yang Engkau
redhai.
Jadikanlah
kejayaan yang mereka kecapi hari ini sebagai permulaan kepada kejayaan yang
lebih besar pada masa hadapan, dan jadikanlah mereka insan yang memberi manfaat
kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga
majlis ini menjadi pemangkin inspirasi kepada seluruh warga pelajar agar terus
berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan diri untuk agama
,bangsa dan negara .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا آخِرَهَا،
وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهَا، وَخَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ
فِيْهِ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا،
وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُونَا بِالإِيْمَانِ،
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِيْنَ
آمَنُوا،
رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً، وَفِي
الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ
السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ
الرَّحِيْمُ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ،
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.